Sunday 27 February 2011

IMAM MASJID TUAN HUSSEIN


TAJUK : IMAM MASJID DAN KEGIATAN     
                   MASJID      

DISEDIAKAN UNTUK :
USTAZ ABD AZIZ BIN HARJIN
PENSYARAH CTU551

DISEDIAKAN OLEH :
NOR SYAFIKAH BINTI MUHAMAD YUSUF
NO MATRIK : 2010619342
KUMPULAN : BMB2Ac
PROGRAM :
SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN (KEPUJIAN) PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
TARIKH HANTAR : 28 FEBRUARI 2011


ISI KANDUNGAN
TAJUK : IMAM MASJID DAN KEGIATAN MASJID

1.            Isi kandungan
2.            Pendahuluan
3.            Latar belakang imam
4.            Pengurusan institusi masjid
5.            Aktiviti-aktiviti masjid
6.            Sumbangan-sumbangan imam
7.            Masalah yang wujud di masjid
8.            Cadangan mengatasi masalah
9.            Hasrat dan harapan
10.               Kesimpulan
11.               Rujukan

PENDAHULUAN

Assalamualaikum..
               Alhamdulillahi rabbil a’lamin.Segala puji bagi Allah S.W.T. Tuhan Seru Sekalian Alam.Selawat serta salam semoga selalu tercurah ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.,kepada ahli keluarganya yang suci,sahabat-sahabatnya yang teramat salih dan sesiapa yang mengikuti mereka dengan ikhlas hinggalah ke hari kiamat.
              Allahumma salli `ala muhammadin wa'ali muhammad, kama sallayta `ala ali ibrahim, innaka hamidun majid, Allahumma barik `ala muhammadin wa'ali muhammad, kama barakta `ala ali ibrahim, innaka hamidun majid.
              Pada cuti pertengahan semester yang lalu,saya telah pergi menemuramah seorang imam di kampung saya iaitu Abu Hassan bin Ahmad.Beliau merupakan imam di masjid di kampung saya iaitu masjid Tuan Hussein.Beliau telah menceritakan tentang latar belakang beliau sehingga beliau dilantik untuk menjadi imam di kampung saya.
                Selain itu,beliau juga telah menceritakan tentang pengurusan institusi masjid Tuan Hussein sejak beliau menjadi imam di masjid tersebut.Ternyata banyak sumbangan beliau terhadap masjid dan penduduk kampung.Manakala beliau juga telah menceritakan perihal masalah-masalah yang dihadapi oleh masjid tersebut di samping mengemukakan cadangan-cadangan serta harapan beliau terhadap masjid Tuan Hussein.
                 Justeru,saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ustaz Abd Aziz bin Harjin yang telah memberi tunjuk untuk saya menyiapkan kerja kursus yang diberikan.Saya juga ingin berterima kasih kepada imam iaitu Abu Hassan b. Ahmad yang telah memberikan kerjasama ketika saya menemuramah beliau.

TAJUK: IMAM MASJID DAN KEGIATAN MASJID

ABU HASSAN BIN AHMAD      


LATAR BELAKANG IMAM MASJID TUAN HUSSEIN
                  Nama sebenar beliau ialah Abu Hassan bin Ahmad.Beliau digelar  “Pak Ngah Hassan” dalam kalangan penduduk-penduduk kampung.Beliau berasal dari Kampung Ruat,Yan,Kedah.Beliau dilahirkan pada 26 Jun 1947 di Kampung Alor Pulai, Kangkung, Alor Setar, Kedah.Beliau dibesarkan dalam kalangan keluarga yang susah suatu ketika dahulu.Namun begitu, keadaan tersebut tidak menghalang beliau untuk mempelajari ilmu agama dengan lebih mendalam sejak kecil.Menurut beliau, kedua-dua ibu bapanya seorang yang tegas dan telah menerapkan ilmu agama kepada anak-anak sejak kecil lagi.
                   Sejak di bangku sekolah, beliau mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang guru apabila dewasa kelak.Namun demikian, hasrat itu tidak tercapai kerana beliau tidak berkemampuan untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.Walaupun begitu, beliau tetap bersyukur kerana masih mempunyai pekerjaan sebagai nelayan sehingga sekarang.Pada waktu lapang, beliau sangat gemar membaca kitab, surat khabar, dan buku-buku berunsurkan ilmiah.
                    Beliau telah berkahwin dengan seorang wanita yang bernama Shaharom bt. Mansor pada 1 Januari 1975 ketika berumur 28 tahun.Selepas berkahwin, beliau telah menetap di Projek Kolam Udang,Kampung Teluk Nipah dan bekerja di situ.Pada awal tahun 2005, beliau telah berpindah ke Desa Keda Bukit Tukang Jusoh yang merupakan tempat tinggal beliau dan keluarga sehingga ke hari ini.Beliau dan isteri telah dikurniakan lima orang cahayamata, iaitu tiga orang perempuan dan dua orang lelaki.Seorang daripada anak lelaki beliau telah meninggal dunia pada Januari 2010 akibat kemalangan.
                    “Pak Ngah Hassan” merupakan imam di masjid Tuan Hussein.Beliau telah menggalas tugas sebagai imam selama 10 tahun sejak menetap di Kampung Teluk Nipah.Sebelum ini,beliau menjadi imam di surau Desa Keda Bukit Tukang Jusoh sebelum dilantik menjadi imam di masjid Tuan Hussein pada tahun 2008.

PENGURUSAN INSTITUSI MASJID TUAN HUSSEIN
                  
                      Masjid Tuan Hussein mula didirikan pada era 30-an ketika pendudukan Jepun lagi.Masjid Tuan Hussein mula dibina dengan menggunakan kayu.Pada waktu itu, masjid Tuan Hussein didirikan hanya bertiangkan  kayu dan berbumbungkan atap semata- mata.Masjid tersebut juga dibina dengan keluasan yang kecil seperti surau yang sedia ada pada masa ini.Namun begitu, keluasan yang kecil itu tetap dikunjungi oleh orang ramai untuk pergi bersembahyang dan beribadah  kepada Allah.
                      Pada zaman 60-an, masjid Tuan Hussein telah diubahsuai dan dibina semula.Ketika itu, masjid telah didirikan dengan lebih teliti dan kemas.Oleh itu, masjid yang bertiangkan kayu dan berbumbungkan atap sudah tiada.Ianya digantikan dengan dinding yang berbatu dan simen serta berbumbungkan zink seperti yang sedia ada pada masa ini.
                     Keadaan ini memberi keselesaan kepada orang ramai untuk pergi beribadah disebabkan tidak perlu berhimpit-himpit di tempat yang kecil.Tambahan pula, kebocoran atap tidak berlaku selepas pengubahsuaian dilakukan secara teratur.Tanah perkuburan juga telah dibina di belakang masjid tersebut.Dengan keluasan yang agak kecil, tempat tersebut dijadikan tanah perkuburan.Di situlah ditempatkan dan dikebumikan jenazah-jenazah yang meninggal dunia di kampung-kampung di kawasan sekitarnya.
                    Pada masa ini, masjid Tuan Hussein mempunyai seorang imam yang bertindak sebagai imam di masjid tersebut iaitu Abu Hassan bin Ahmad atau dikenali sebagai “ Pak Ngah Hassan ”.Masjid Tuan Hussein juga mempunyai seorang  bilal iaitu Jaafar bin Ahmad.Bilal juga bertanggungjawab untuk menguruskan masjid dengan melaungkan azan setiap kali masuknya waktu fardhu.

                     Selain itu, Abd Halim bin Ahmad pula bertindak sebagai setiausaha yang turut mengeluarkan cadangan-cadangan bagi memperkukuh institusi masjid Tuan Hussein.Bendahari pula dikendalikan oleh Hj Haron yang tinggal di kampung Teluk Nipah.
                     Hj Haron merupakan bendahari yang diamanahkan untuk menjaga tabung masjid dan juga duit simpanan hasil daripada orang-orang ramai yang menderma.Duit-duit tersebut selalunya diperolehi daripada sumbangan-sumbangan derma orang ramai yang pergi ke masjid.Selalunya masjid akan dipenuhi dengan orang ramai pada hari Jumaat iaitu ketika mereka ke masjid untuk menunaikan sembahyang Jumaat.
                     Di samping itu, sekiranya terdapat orang-orang korporat atau individu-individu yang menderma secara sukarela, wang tersebut akan turut disimpan oleh bendahari iaitu Hj Haron di dalam tabung masjid Tuan Hussein.Kemudian,duit-duit tersebut akan digunakan sekiranya ahli-ahli masjid ingin menganjurkan sesuatu aktiviti di masjid tersebut.
                      Kemudian, sejumlah wang yang sedikit daripada tabung masjid tersebut digunakan ketika tibanya bulan Ramadhan.Selebihnya duit tersebut hanya disimpan oleh bendahari masjid yang bertugas.Duit tersebut hanya akan digunakan apabila ahli-ahli masjid menganjurkan sesuatu agenda.

AKTIVITI-AKTIVITI MASJID
                   
                     Terdapat beberapa aktiviti yang dijalankan di masjid Tuan Hussein.Antaranya gotong-royong,kuliah agama pada setiap minggu,usrah, dan lain-lain.Namun begitu,aktiviti-aktiviti lain yang bersesuaian tidak kerap dijalankan di masjid Tuan Hussein selain aktiviti gotong-royong,mesyuarat bulanan dan tahunan serta lain-lain lagi.Sebelum ini, aktiviti-aktiviti di masjid dijalankan seperti menganjurkan ceramah agama, gotong-royong, mengaji al-quran, tadarus al-quran dan aktiviti-aktiviti agama di masjid kerap dilakukan setiap tahun.
                     Hal ini demikian kerana terdapat imam dan ahli-ahli jawatankuasa masjid yang menguruskan dan melakukan aktiviti-aktiviti yang berilmiah di masjid tersebut.Jika sebelum ini, setiap tahun berakhir, duit simpanan juga akan habis disebabkan membuat pelbagai aktiviti-aktiviti sepanjang tahun.
                      Namun begitu, sekitar lima tahun ini, aktiviti-aktiviti tersebut jarang dilakukan untuk menganjurkan aktiviti-aktiviti seperti sebelum ini.Pada setiap bulan,hanya aktiviti bergotong-royong yang dilakukan bagi membersihkan kawasan masjid tersebut.Keadaan ini akan merugikan terutamanya kepada penduduk-penduduk kampung di sekitar kerana tidak dapat menyertai aktiviti-aktiviti lain seperti dahulu lagi.Hal ini menyebabkan masjid Tuan Hussein tidak dipenuhi oleh orang ramai       dan penduduk-penduduk di sekitarnya.
                       Menurut imam, sejumlah wang yang sedikit daripada tabung masjid tersebut digunakan untuk membuat bubur lambuk pada bulan Ramadhan selain kutipan duit daripada penduduk-penduduk yang berhampiran.Pada bulan Ramadhan, aktiviti membuat bubur lambuk dilakukan pada setiap hari.Orang-orang kampung sepakat menguruskan aktiviti tersebut selain daripada bertukar ganti pada setiap hari untuk membuat bubur lambuk tersebut.
                      Oleh yang demikian, keadaan tersebut akan dapat mewujudkan persepakatan dan dapat mengeratkan tali silaturrahim  antara penduduk-penduduk kampung.Bubur lambuk tersebut juga diletakkan di masjid supaya orang-orang kampung boleh datang mengambilnya pada setiap petang.Selain itu, terdapat juga segelintir penduduk-penduduk kampung yang turut sama berbuka puasa di masjid tersebut untuk memeriahkan suasana berbuka puasa.
                       Pada masa ini, setiap kali tibanya bulan ramadhan, aktiviti membuat bubur lambuk sahaja yang dijalankan di sepanjang bulan Ramadhan.Hal ini demikian kerana aktiviti-aktiviti lain jarang dianjurkan di masjid Tuan Hussein untuk memenuhi waktu yang ada sepanjang bulan Ramadhan.Perkara ini terjadi mungkin kerana tiada tindakan untuk menganjurkan aktiviti di masjid tersebut.Sekitar tahun 90-an, imam menjelaskan bahawa terdapat pelbagai aktiviti yang dilakukan pada bulan Ramadhan.Contohnya, penganjuran pertandingan mengaji al-quran, ceramah agama dan sebagainya.Hal ini dapat menarik minat orang ramai untuk pergi ke masjid selain dapat mewujudkan permuafakatan antara satu sama lain.
                        Pada waktu malam pula, masjid melaksanakan solat terawih seperti masjid-masjid yang lain.Menurut imam, pada zaman dahulu, solat terawih di masjid tersebut dipenuhi oleh orang ramai dari pelbagai kampung seperti Kg.Pantai Merdeka,Teluk Nipah dan Bukit Tukang Jusoh.Semua penduduk akan berkumpul di masjid bagi mengerjakan solat terawih secara beramai-ramai.Pada waktu itu, keadaan masjid menjadi sesak kerana dipenuhi oleh penduduk kampung yang datang ke masjid.
                       Namun begitu, keadaan tersebut berbeza dengan keadaan pada zaman sekarang, di mana masjid tidak dipenuhi orang ramai seperti dahulu pada bulan Ramadhan.Hal ini disebabkan terdapat banyak surau-surau di kampung masing-masing yang menjalankan solat terawih.Apabila surau turut menjalankan solat terawih, orang ramai hanya akan pergi ke surau yang berdekatan dan tidak pergi ke masjid tersebut.Keadaan ini menyebabkan masjid tidak lagi menjadi semeriah seperti dahulu.
                        Hal ini turut berlaku iaitu pada hari raya Aidilfitri dan hari raya Aidiladha yang mana surau di kampung-kampung ternyata lebih meriah berbanding dengan masjid Tuan Hussein.Orang ramai akan pergi ke surau yang berhampiran bagi menunaikan solat hari raya Aidilfitri dan Aidiladha.
                        Sebelum ini, pernah timbulnya isu yang mengatakan bahawa tidak ramai orang yang pergi ke masjid kerana mereka membangkitkan isu politik.Sebilangan orang ramai akan pergi ke masjid itu sekiranya masjid itu mempunyai ramai penyokong-penyokong politik pilihan mereka.Keadaan ini akan menyebabkan suasana di masjid tidak semeriah seperti zaman dahulu dan tidak dikunjungi oleh orang ramai.  
                        Terdapat banyak perbezaan suasana di masjid antara zaman dahulu dan zaman sekarang.Pada zaman dahulu,masjid dipenuhi oleh orang ramai.Pada waktu itu, masjid juga dijadikan tempat untuk berpolitik.Orang ramai boleh membincangkan isu-isu politik di situ.Namun demikian, keadaan tersebut telah berubah disebabkan masjid tidak boleh dijadikan tempat untuk berpolitik dan hanya menjadi tempat untuk beibadat kepada Allah.Oleh itu,pada zaman sekarang masjid sudah tidak dipenuhi oleh orang ramai seperti dahulu.Pada hari biasa pula, hanya sebilangan orang yang ke masjid manakala anak-anak muda tidak berminat untuk pergi ke masjid tersebut.Mereka lebih cenderung untuk ke surau di kampung-kampung sendiri.
                       Selalunya masjid tersebut akan dipenuhi pada waktu solat Jumaat sahaja.Dalam era pambangunan pada waktu ini, masjid Tuan Hussein sepatutnya dipenuhi oleh orang ramai kerana Kg.Pantai Merdeka telah dibangunkan dan menjadi tempat tumpuan orang ramai pada setiap hari.Tambahan pula,kawasan tersebut semakin membangun menjadi tempat pelancong dan sepatutnya bertambah ramai orang yang datang ke masjid tersebut.Namun begitu, perkara sebaliknya yang berlaku.

SUMBANGAN-SUMBANGAN IMAM
                     Di samping itu, terdapat juga beberapa sumbangan yang dilakukan oleh imam dari pelbagai aspek.Bagi menarik minat orang ramai untuk pergi ke masjid Tuan Hussein, imam mencadangkan supaya pendedahan dan penerapan ilmu agama kepada orang ramai terutamanya anak-anak muda dilakukan.Hal ini kerana, pada masa ini tiada orang yang dapat menarik minat orang ramai terutamanya anak-anak muda untuk pergi ke masjid tersebut pada setiap hari.
                     Pemilihan imam iaitu ‘Pak Ngah Hassan’ sebagai imam di masjid Tuan Hussein adalah tepat sekali.Hal ini kerana beliau dapat menarik minat orang ramai terutamanya anak-anak muda di kampung-kampung berdekatan.Walaupun jumlahnya hanya sedikit,tetapi beliau amat bersyukur kerana dapat membangkitkan semangat anak-anak muda di kampung tersebut agar berminat untuk ke masjid.Tambahan pula,beliau merupakan seorang yang berwibawa dan berhubungan baik dengan penduduk kampung,maka seluruh penduduk kampung menghormati beliau termasuk anak-anak muda yang akan menyanjunginya.
                    Lebih membanggakan ialah beliau dapat menjadi contoh dan idola kepada anak-anak muda di kampung.Dengan ini, InsyaAllah masjid Tuan Hussein pasti akan dipenuhi oleh orang ramai seperti sebelum ini.Tindakan beliau sebagai imam sangat tepat kerana dapat menimbulkan kesedaran dalam kalangan orang ramai dan anak-anak muda supaya datang ke masjid dan tidak hanya mengejar hal-halk dunia semata-mata.
                      Menurut hadis surah al-muddatsir ayat 1:
“Wahai orang yang berselimut, marilah kita keluar daripada kepompong hanya asyik melihat sahaja apa yang berlaku di sekeliling kita.Kepompong yang hanya memikirkan hidup kita, anak-pinak, dan makan minum (serta rumah-kediaman) sahaja.Kepompong yang terleka dengan kesibukan dunia.Ayuh pecahkanlah kepompong itu.Mulakan langkah bergerakmu!”

MASALAH-MASALAH YANG WUJUD                     

                 Di samping itu,timbul juga pelbagai masalah yang dihadapi oleh masjid Tuan Hussein.Masalah lain yang timbul ialah keluasan masjid yang tidak cukup luas untuk menampung orang ramai yang datang menunaikan solat terutamanya pada waktu solat Jumaat.Di masjid Tuan Hussein, kemudahan-kemudahan yang sedia ada sudah mencukupi untuk orang ramai manakala keluasan masjid tersebut agak mengecewakan.Walaupun masjid tersebut sudah diubahsuaikan,tetapi ianya tidak cukup luas dan besar untuk menampung orang ramai yang datang ke masjid itu.
                      Selain itu, disebabkan perkara itu, orang ramai yang datang untuk menunaikan sembahyang Jumaat terpaksa berjemaah dalam keadaan yang berhimpit.Malah, ada juga yang terpaksa solat hingga di luar masjid kerana tiada ruang yang cukup.
                       Di samping itu, wujud juga permasalahan lain di masjid tersebut iaitu masalah tanah perkuburan yang kecil dan sempit.Keadaan tersebut menyebabkan tempat pengebumian menjadi bertindih kerana tiada tempat untuk mengebumikan.Hal ini juga merisaukan penduduk-penduduk kampung kerana permasalahan yang timbul itu.
                       Tambahan pula, bilangan penduduk-penduduk yang meninggal dunia semakin bertambah dari hari ke hari.Perkara ini lebih merumitkan kerana tanah perkuburan tersebut akan ditempatkan jenazah-jenazah daripada tiga buah kampung yang berhampiran.

CADANGAN-CADANGAN MENGATASI MASALAH
                
                      Oleh itu, cadangan untuk mengatasi masalah tersebut ialah dengan mencari tempat lain yang sesuai untuk membuat tanah perkuburan. Walaupun begitu, terdapat juga cadangan untuk membesarkan masjid,namun ianya ditolak dengan alasan masjid tersebut tidak mempunyai ruang untuk menambahkan keluasan disebabkan ianya terletak di tengah-tengah di antara sekolah rendah dan tabika.
                      Oleh itu,cadangan yang difikirkan untuk mengatasi masalah tersebut ialah mencari tempat lain yang sesuai untuk didirikan masjid yang lebih besar.Tambahan pula,AJK-AJK masjid perlu memainkan peranan agar masalah-masalah yang dihadapi oleh masjid Tuan Hussein dapat diatasi dengan kadar segera.Hal ini dapat mengatasi masalah keluasan masjid yang sempit untuk orang ramai itu.
                      Sebelum ini, ada juga desas-desus yang menyatakan bahawa cadangan untuk membuat tanah perkuburan di surau Desa Keda Bukit Tukang Jusoh bagi mengatasi kesulitan tanah perkuburan yang kecil di masjid Tuan Hussein.Namun begitu, ianya hanyalah sekadar khabar angin disebabkan sehingga sekarang ianya tidak dibuat di tempat tersebut.Dengan itu,pada masa ini,imam sedang berusaha bagi mengatasi masalah-masalah tersebut dengan merujuk kepada pihak atasan mengenai perkara tersebut.
                       
HASRAT DAN HARAPAN
                        Menurut imam, sekiranya diberi bantuan, beliau berhasrat agar masjid Tuan Hussein dinaik taraf menjadi masjid yang sentiasa dipenuhi oleh orang ramai.Selain itu, beliau berhasrat supaya dapat mencantikkan masjid dan elok dipandang termasuklah segala kemudahan-kemudahan di masjid tersebut.Perkara tersebut sekiranya dapat dilaksanakan pasti akan dapat menarik minat orang ramai untuk pergi beribadat ke masjid Tuan Hussein.Hal ini disebabkan masjid Tuan Hussein tidak dapat dibesarkan oleh kerana strukturnya yang berada di tengah-tengah antara sekolah rendah dan tabika.Jadi, masjid tersebut hanya dapat dibuat pengubahsuaian agar menjadi lebih menarik.
                           Sebagai seorang imam, beliau mempunyai harapan yang tinggi terhadap masjid tuan Hussein tersebut.Beliau amat berharap beliau dapat menjadi seorang imam yang dapat membimbing orang ramai terutamanya anak-anak muda menuju ke jalan yang diredhai Allah.Selain itu, beliau mempunyai harapan yang tinggi supaya masjid Tuan Hussein akan dipenuhi oleh orang ramai yang datang beribadat seperti sebelum ini.Beliau sangat berharap masjid tersebut juga dapat kembali menjadi meriah seperti keadaan sebelum ini.Ibu bapa juga berperanan penting dalam membentuk anak-anak menjadi anak yang berguna dan sentiasa beribadah kepadaNya.
(riwayat Al-Bukhari)
Bermaksud : " Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah, maka kedua ibubapanya lah yang menjadikannya Yahudi atau Nasrani atau Majusi ".
                  Usaha untuk menambat hati anak-anak dan remaja mencintai masjid memerlukan kesatuan dan kerahan tenaga daripada semua pihak. Sewajarnya kita mengambil sikap mendekatkan mereka dengan perkataan-perkataan yang lemah lembut dan berhikmah, melahirkan perasaan kasih sayang dan mempamerkan sifat-sifat terpuji di hadapan mereka.

KESIMPULAN
                    Secara kesimpulannya,saya merasakan bahawa tuan imam iaitu Abu Hassan b. Ahmad sangat sesuai menjadi imam di masjid Tuan Hussein di kampung halaman saya.Beliau berjaya mendidik anak-anak sehingga berjaya.Hal ini kerana anaknya terdiri daripada anak-anak yang berjaya contohnya anaknya yang sulung telah menjadi jururawat,manakala anak kedua menjadi seorang guru agama di sekolah serta anak-anak yang lain mempunyai pekerjaan yang tetap.Beliau turut berjaya menguruskan masjid dengan sempurna.Seluruh penduduk kampung menghormati beliau sebagai imam di masjid tersebut tidak golongan tua mahupun golongan muda.     
                    Institusi Masjid haruslah dijadikan sebagai sebuah pusat perkembangan dan pembangunan Islam, di mana segala-galanya bermula dan berkembang dari masjid.Selain itu,Institusi Masjid haruslah dijadikan sebagai tempat untuk mempercambahkan fikiran dengan adanya dialog, ceramah, seminar dan sebagainya.Kumpulan-kumpulan kecil bolehlah ditubuhkan untuk menggunakan masjid sebagai tempat untuk mempertingkatkan pemikiran dan menajam akal.
                      
Allah Subhaanahu Wa Ta’aalaa berfirman:
“Dan (di antara orang-orang munaflq itu) ada orang-orang yang mendirikan rnasjid untuk menimbulkan kemudaratan (pada orang-orang mukmin), untuk kekafiran dan untuk memecah belah antara orang-orang mukmin serta menunggu kedatangan orang-orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sejak dahulu. Mereka sesungguhnya bersumpah:”Kami tidak menghendaki selain kebaikan.” Dan Allah menjadi saksi bahawa sesungguhnya mereka itu adalah pendusta (dalam sumpahnya). Janganlah kamu melakukan solat di masjid itu selama-lamanya. Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar taqwa sejak hari pertama adalah lebih patut kamu melakukan solat di dalamnya. Di dalamnya ada orang-orang yang ingin membersihkan diri. Dan Allah menyukai orang-orang yang membersihkan diri. Maka apakah orang yang mendirikan masjidnya di atas dasar taqwa kepada Allah dan keredhaan-Nya itu yang lebih baik, ataukah orang-orang yang mendirikan bangunannya di tepi jurang yang runtuh, lalu bangunannya itu jatuh bersama dengan dia ke dalam neraka Jahannam? Dan Allah tidak memberikan petunjuk kepada orang-orang yang zalim. Bangunan-bangunan yang mereka dirikan itu sentiasa menjadi pangkal keraguan dalam hati mereka, kecuali bila hati mereka itu telah hancur. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
(At Taubah : 197-110)

Sekian,terima kasih.Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Rujukan

1.   PENSYARAH
(ABD AZIZ BIN HARJIN)

2.   IMAM MASJID TUAN HUSSEIN
(ABU HASSAN BIN AHMAD)

3.   INTERNET
HADIS-HADIS PILIHAN(http://www.google.com/)

MASJID TUAN HUSSEIN